Allianz jalin MoU guna tenaga boleh diperbaharui

KUALA LUMPUR: Allianz General Insurance Company Bhd dan rakan agensinya, Anora Agency Sdn Bhd, akan bekerjasama dengan Solarvest Holdings Bhd untuk mewujudkan masa depan yang lebih lestari dan mesra alam menerusi penggalakan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Di bawah memorandum persefahaman (MoU) antara ketiga-tiga pihak itu, Allianz General dan Anora akan melindungi perniagaan, aset dan projek Solarvest dengan pelbagai penyelesaian insuransnya, termasuk SolarPro All Risk Insurance, yang diedarkan secara eksklusif oleh Anora, kata Allianz General dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Bhd, Zakri Khir, berkata Allianz Malaysia berbangga menyokong pemain tempatan dalam industri fotovoltaik (PV) solar dan mengisi jurang perlindungan dalam ekosistem PV solar.

“Ini adalah sumbangan syarikat ke arah membantu mencapai matlamat kerajaan untuk meningkatkan penjanaan tenaga boleh diperbaharui negara daripada dua peratus kepada 20 peratus dalam tempoh enam tahun akan datang,” katanya.

Solarvest, yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE bulan depan, adalah salah satu peneraju ladang solar berskala besar, dengan pensijilan daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Institut Kualiti Tenaga Lestari (ISPQ) dan Fotovoltaik Bersambung Grid (GCPV).

-BERNAMA

Source: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/09/608667/allianz-jalin-mou-guna-tenaga-boleh-diperbaharui

Enquiry Form

Choose type of Insurance:

Contact details:


*mandatory fields are required to enable our team to attend to your query

Corporate Solutions Enquiry

Choose type of Insurance:

Contact details:


*mandatory fields are required to enable our team to attend to your query

Preferred Services Enquiry

Choose type of Insurance:

Contact details:


*mandatory fields are required to enable our team to attend to your query

SolarPro Form

Part 1: Particulars


Part 2: Details of Solar PV System
leave blank if same as above


Part 3: Plan Selection


*mandatory fields are required to enable the insurer to accurately issue the policy

SolarPro Enquiry Form

Part 1: Particulars


Part 2: Details of Solar PV System
leave blank if same as above


Part 3: Plan Selection


*mandatory fields are required to enable the insurer to accurately issue the policy

SolarPro Enquiry Form

Contact details:
Insured site details:


*mandatory fields are required to enable our team to attend to your query and issue an accurate quotation